PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Terkini: Pengundi BN sepakat bantu selesai masalah Normala !!!

Pengundi Tenang akan tunjuk jalan supaya Normala jaga suami sakit !!


Calon PAS, Normala yang bercita-cita menjadi YB di DUN Tenang mungkin terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana dengan tiba-tiba suami beliau telah jatuh sakit dan terpaksa bercuti selama 21 hari. Sakit yang berkaitan kemurungan atau jiwa itu amat serius yang mengakibat doktor yang bertugas tidak teragak-agak telah memberi cuti dalam tempoh yang panjang.

Jika sakitnya berterusan, Cikgu Maarof mungkin terpaksa berhenti menjadi guru. Oleh yang demikian, sebagai isteri yang solehah, Normala terpaksa sentiasa mendampingi suaminya ini supaya tidak melarat. Maklumlah penyakit suaminya adalah berkaitan jiwa dan boleh menjurus kepada gila jika tidak ditangani dengan baik.

Oleh yang demikian, pengundi-pengundi di DUN Tenang esok telah dikatakan berpakat untuk membantu Normala supaya diakhirnya nanti Normala boleh sentiasa bersama suaminya bagi mengatasi sakit kemurungan serius yang dihadapinya. Tugas-tugas sebagai wakil rakyat bolehlah diserahkan kepada calon BN yang lebih hebat, berpengalaman dan bersedia berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa.

Kesimpulannya, pengundi  di DUN Tenang telah bersedia memangkah BARISAN NASIONAL esok. Insya-ALLAH


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...