PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Pembangkang Melampau !!! Warga Peneroka Felda Tenang "naik angin" !!!

Oleh : Tg Azman Tg Abas

Warga Felda Tenang hari ini meminta pihak-pihak luar yang cuba mengadu domba dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan agar berhenti daripada melaksanakan kerja yang tidak berfaedah itu.


Mereka yang ditemui menyatakan kekesalan dan kecewa dengan tindak-tanduk sesetengah pihak yang seolah-olah tidak ada batasan politik semata-mata untuk meracuni pemikiran warga peneroka.

Seorang penduduk Ahmad Deraman, 74 berkata mereka sejak daripada dulu lagi hidup dengan aman dan makmur serta dapat meneruskan kehidupan dengan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau kerajaan menerusi agensi Felda telah banyak membantu warga peneroka dan mereka sama sekali tidak akan bersikap kacang lupakan kulit kerana tahu dan sedar pengorbanan yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga peneroka.


“Saya dah menetap di sini selama 46 tahun dan anak-anak juga sudah berjaya hasil daripada keringat yang telah diusahakan selama ini. Apa lagi yang tidak dibantu oleh kerajaan.

“Justeru kepada mana-mana pihak yang cuba meracuni dan menimbulkan suasana yang tidak sihat sepanjang pilihan raya ini, saya saran agar mereka hentikan kerja yang tidak berfaedah itu kerana kami warga Felda sama sekali tidak akan terpengaruh dengan dakyah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peneroka Hj Ramli Rosdi,64  yang tinggal di Felda Tenang peringkat 23 mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah memperkenalkan program tersebut.

Menurut beliau keprihatinan Tun Abdul Razak sebelum ini telah diteruskan legasinya oleh anak beliau sendiri hari ini yang merupakan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Usah pertikai dan burukkan usaha kerajaan menerusi fitnah dan adu domba mereka terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Pilihan raya bukanlah medan untuk burukkan sesama kita tetapi  ianya merupakan satu proses demokrasi di negara kita.

“Kenapakah adanya pihak-pihak yang bertindak di luar batasan sehingga sanggup mempolitikkan apa sahaja demi kepentingan pihak tertentu. Masyarakat Felda telah sekian lama bersatu padu dan saling menhormati antara satu sama lain. Jangan jadi api dalam sekam,” katanya.

Dalam pada itu, generasi kedua Felda, Shamsudin Yahya pula berkata taraf ekonomi warga peneroka hari ini sedang meningkat dan itu merupakan bukti bahawa Felda tidak menzalimi dan menganiayai penduduk setempat.

Beliau yang kini meneruskan kerja menorah getah bapanya di Felda berkenaan melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang begitu mengambil berat dan peka akan masalah peneroka.

“Saya hari ini yang bekerja sebagai penoreh memperoleh RM5,000 lebih sebulan. Itu pun saya menoreh untuk kawasan seluas empat ekar. Bayangkan setiap peneroka di kawasan ini yang mempunyai lapan ekar seorang, berpakah jumlah pendapatan mereka.

“Apakah ini disifatkan zalim sepertimana tuduhan pembangkang.  Mereka yang cuba membuat fitnah terhadap Felda adalah mereka yang sebenarnya keliru dan tidak tahu apa yang berlaku di kawasan Felda hari ini,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...