PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Banjir: Labis kini terkepung !!! 61.17% dah keluar mengundi.....

Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil.

Seramai 846 orang penduduk di Tenang dibawa ke pusat pemindahan berikutan banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kg Usaha Jaya, Kg Air Panas dan Kg Batu Badak.

Pasukan penyelamat kini giat menjalankan usaha memindahkan penduduk dan mengambil pengundi untuk dibawa ke tempat pengundian

Kebanyakan jalan kini ditutup kepada kenderaan ringan. Pergerakan di Tenang kini terbatas.

Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut.

Menurut SPR, setakat jam 2 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 61.17 peratus iaitu 9,025 pengundi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...