PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Pemuda Johor Tuntut Penjelasan Segera Status MC Cikgu Maarof

Pemuda UMNO Johor hari ini meminta pihak yang berkenaan khususnya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan mengemukakan hasil siasatan berhubung sijil cuti sakit (MC) oleh suami calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Maarof Abdul Mutalib 45.

Ketua Penerangannya, Halim Abd Jalil berkata status siasatan perkara berkenaan perlu diperjelaskan agar keraguan orang ramai berhubung perkara terbabit tidak menjadi tanya serta menimbulkan seribu satu persoalan.

Tegas beliau jika Cikgu Maarof didapati bersalah, apakah bentuk tindakan yang diambil dan jika beliau didapati tidak bersalah, apakah penjelasan daripada pihak yang terbabit kerana semua pihak ingin tahu status berkenaan.

“Kalau Cikgu Maarof bersalah, bagaimana pula dengan Pegawai Perubatan yang mengeluarkan MC berkenaan. Begitulah sebaliknya. Jadi status siasatan perlu diperjelaskan agar sebarang kekeliruan tidak terus berpanjangan.

“Kita bukannya emosional disebabkan Cikgu Maarof adalah suami kepada calon Pas, tetapi ianya adalah berasaskan etika iaitu etika perguruan dan etika perubatan. Kita cukup profesional dalam hal ini dan tidak wujud sekelumit pun dendam di dalam hati,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas status tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini.

Perkara itu timbul setelah laporan menyebut Cikgu Maarof dilihat menemai isterinya, Normala Sudirman yang merupakan calon Pas untuk kawasan berkenaan berkempen menemui pengundi.

Halim yang juga Ketua Pemuda Tenggara seterusnya berkata pihak status siasatan berhubung perkara itu perlu disegerakan agar ianya tidak menjadi budaya dan ikutan kepada mana-mana pihak lain selepas ini.

Soal beliau bukankah pihak yang terlibat dalam isu berkenaan merupakan kakitangan awam dan sudah pastinya memerlukan perhatian serius daripada pihak terbabit.

“Saya mintalah percepatkan perkara ini. Lagi lama lagi banyak pertikaian dan persoalan yang akan timbul dan banyak cerita yang akan tersebar. Jadi percepatkanlah demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Kisah-kisah menarik sebelum kita lupakan Cikgu Mala !!!


Saya masih ingat beberapa sms pertama yang saya hantar sebaik sahaja Ustaz Hadi Awang membuat pengumuman calon PAS di Dataran Wayang Pacak dan anda boleh merujuk posting saya berhubung insiden tersebut.

Belum lagi Normala Sudirman menang pilihanraya kecil DUN Tengah, Dataran Wayang Pacak telah ditukar nama menjadi Dataran Cikgu Mala. Menyedari kelemahan ketara yang ada pada calonnya, Jentera PAS bertindak lebih dari menukar nama Dataran tetapi turut membuat serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional.

Tindakan PAS membuat serangan peribadi kepada calon Barisan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan tambahan Pimpinan Tertinggi Jentera PAS telah diberitahu calonnya sendiri mempunyai nilai moral yang amat rapuh.

Serangan peribadi terhadap Mohd Azahar Ibrahim, sekarang Yang Berhormat DUN Tenang kebanyakkannya tidak melekat dan yang hanya berjaya kekal ialah tindakannya atas kapasiti penjawat jawatan awam dan bukan sebagai seorang individu. Malangnya cerita itu terlalu rumit dan tidak menarik untuk menjadi buah mulut bahkan PAS sehingga hari-hari terakhir berkempen pun tidak pernah mengedarkan kepada umum bukti-buktinya.

Sebaliknya, skandal hidup Cikgu Mala amat hebat dan melondehkan Cikgu Mala sebagai seorang wanita yang dipertikai moralnya dan bersuamikan seorang guru kaki ponteng amat mudah. Ceritanya panas dan senang tersebar dari mulut ke mulut.

Cerita bagaimana Cikgu Mala yang sudah bersuami kemudiannya menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Tuanku Bainun dan selang beberapa ketika bertemu dengan Ma’arof Abdul Mutalib lalu menghubungi suaminya menerusi telefon menuntut diceraikan adalah cerita kedai kopi yang paling panas.

Cerita bagaimana Cikgu Mala seorang hipokrit juga tidak kurang menariknya. Jiran tetangga dari Felcra Sekijang berduyun-duyun datang untuk berkongsi kisah Cikgu Mala mengainaya ibunya dan melayan bondanya itu seperti orang gaji. Ianya diikuti pula kisah ayah Cikgu Mala telah mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM500 ribu dari Tabung Koperasi Peserta Felcra Sekijang dan mengakibatkan kerugian hampir satu juta sebelum ke Indonesia untuk berkahwin seorang lagi.

Cikgu Mala berteriak setiap malam berkempen bahawa dialah yang akan membawa suara wanita ke Dewan Undangan Negeri Johor, tetapi jeritan batin ibunya dipekakkannya. Apa tindakan Cikgu Mala bila ayahnya membawa pulang seorang perempuan Siam dan disimpan dirumahnya? Pernahkah Cikgu Mala membela ibunya bila ayahnya bercerita di kedai kopi betapa ‘gentleman’nya dia dalam hal-hal hubungannya dengan wanita lain yang sudah pasti menjatuhkan maruah isterinya.

Bagaimana pula dengan kisah hubungan Cikgu Mala dengan anak-anaknya? Apabila Cikgu Mala di angkat PAS sebagai wanita suci pembela bangsa, bersuaralah juga mereka yang tahu itu adalah hipokrasi peringkat tertinggi. Seorang guru menceritakan bagaimana Cikgu Mala terus berbual ditelefon walaupun dimaklumkan malapetaka yang menimpa seorang anaknya.

Kemudian muncul kisah Ma’arof, yang sedondon dengan Cikgu Mala ke mana-mana. Cikgu Ma’arof mengambil tiga sijil cuti sakit selama hampir tiga minggu sehingga hari pembuangan undi tetapi dia zahirnya sihat sahaja ke sana ke mari. Hadirlah rakan-rakan sekerja bercerita kisah sebenar Cikgu Ma’arof  yang merupakan seorang kaki ponteng. Kebanyakkan aktiviti pontengnya seperti juga sewaktu berkempen, didorong oleh Cikgu Mala kerana Ma’arof sering meninggalkan tugasnya untuk memandu Cikgu Mala untuk aktiviti-aktiviti rasmi dan politiknya.

Jika semua kisah di atas tidak benar, Cikgu Mala dan keluarganya telah menjadi mangsa kerakusan politik yang berpunca daripada nafsunya untuk menjadi menjadi seorang pemimpin dan nafsu pemimpin partinya untuk menang dengan apa cara sekalipun.

Kita hanya sekadar mampu berdoa supaya Cikgu Mala dan keluarga dapat kembali hidup dengan tenang.

Tetapi imej yang terpalit kepada muslimah PAS dari imej Cikgu Mala ini mungkin memakan masa lebih lama untuk dilupakan.

DUN Tenang menyaksikan dua standard moral dipertandingkan. Moral PAS dan moral Barisan Nasional. Barisan Nasional tidak pernah menafikan atau menyembunyikan kelemahan moral sesetengah individunya. Bahkan kita semua tahu kisah hebat Chua Soi Lek, Presiden MCA. Kita juga tahu kisah nakal tokoh-tokoh lain. Ada sesetengah telah menerima hukuman dan sesetengah yang lain telah menghukum diri mereka sendiri. Tetapi kelebihan Barisan Nasional ialah mereka tidak mengamalkan hipokrasi.

- SYED AZIDI AZIZ

Post PRK Tenang: 15 pandangan Dr. Khir Toyo tentang undi kaum Cina !

1. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan seluruh pembaca blog ini dari kaum Tionghua tidak kira apa pegangan agama mahu pun fahaman politik. Semoga tahun arnab dalam kalendar cina ini akan meberi lebih banyak kemakmuran dan juga mengekalkan keamanan sedia ada.

2. Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan Barisan Nasional berjaya meningkatkan majoriti sebanyak 1, 200 undi. Ini merupakan satu aliran kemenangan yang agak memberangsangkan sejak di Batu Sapi dan Galas.

3. Selain itu sokongan pengundi Melayu yang kian bertambah kepada Barisan Nasional harus menjadi isyarat kepada pemimpin Pas bahawa polisi dan perubahan gaya politik mereka yang terlalu liberal dan tunduk kepada DAP akan menjurumuskan parti tersebut kepada satu ruang politik yang terpencil. Tidak mustahil mereka hanya akan menjadi parti yang sekadar membantu kemenangan DAP dan PKR tetapi kerusi dan kuasa sendiri hilang sedikit demi sedikit.

4. Sebahagian besar masyarakat India juga tampak kembali kepada Barisan Nasional menerusi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya fikir kaum India juga ramai yang mula memahami beberapa isu kontroversi mengenai mereka yang sebelum ini diputarbelitkan dan dimanipulasi oleh pemimpin politik dalam meraih sokongan menjelang pilihan raya umum lalu.

5. Namun saya melihat tidak banyak perubahan dalam sokongan kaum Cina biar pun MCA mendakwa hampir 45% kaum Cina di Labis menyokong Barisan Nasional. Asas dakwaan MCA ialah BN memenangi dua daripada tiga peti undi yang majoritinya pengundi Cina. Namun ketiga-tiga peti undi yang dimenangi oleh BN tersebut mempunyai pecahan kaum yang agak rapat biar pun ia dianggap peti undi majoriti kaum Cina. Kaum Cina hanya sekitar 52-62% sahaja.

6. Berdasarkan arus sokongan Melayu dan India di peti-peti undi lain, maka andaian paling baik ialah kemenangan tipis BN di peti undi Labis dan Labis Timur adalah kerana sokongan orang Melayu dan India. Selain itu generasi muda Cina di Labis yang bekerja di luar tidak pulang ke kampung untuk mengundi kerana tarikh mengundi hampir dengan sambutan tahun baru Cina.

7. Menurut laporan BN hanya menang tipis di peti undi Labis dan Labis Timur. Di Labis kemenangan BN mendapat 380 undi dan Pas mendapat 337 undi. Dalam pilihan raya 2008, BN mendapat 411 dan Pas mendapat 421. Kemenangan kepada BN lebih menjurus kepada faktor undi kepada Pas berkurang lebih banyak dari BN bukannya faktor BN berjaya meningkatkan sokongan.

8. Demikian juga di peti undi Labis Timor, BN berjaya mengekalkan sokongannya pada 699 undi seperti dalam pilihan raya 2008. Namun sokongan kepada Pas merosot dari 740 kepada hanya 632.

9. Keputusan kedua-dua peti undi ini jelas menunujukkan sokongan kaum Cina kepada BN tidak kembali. BN hanya menang kerana faktor pengundi Cina yang menyokong parti lawan tidak keluar membuang undi kerana berada di luar kawasan.

10. Hakikat ini disokong oleh keputusan peti undi di Labis Tengah yang mengandungi hampir 97% pengundi kaum Cina. BN hanya mendapat 380 undi berbanding Pas mendapat 851 undi. Dalam pilihan raya 2008, BN mendapat 504 undi dan Pas 1013 undi.

11. Secara kasarnya, tiada perubahan dalam pola sokongan kaum Cina kepada BN sejak 2008. Saya khuatir kenyataan-kenyataan kononnya kaum Cina kembali menyokong BN akan memakan diri dalam pilihan raya umum akan datang jika pemimpin di atas percaya kepada retorik politik pasca PRK DUN Tenang ini.

12. Berdasarkan aliran sokongan kaum Cina kepada Pakatan di bandar-bandar besar tidak mustahil jurang undi antara BN dan parti lawan akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang apabila ramai pengundi Cina yang bekerja di bandar-bandar besar dan Singapura pulang mengundi.

13. Biarpun kita meraikan kemenangan ini, adalah perlu difahami bahawa jalan untuk mendapat sokongan dalam pilihan raya umum lebih sukar berbanding pilihan raya kecil. Ia jauh lebih sukar apabila kita leka dibuai nyanyian-nyanyian palsu bahawa kaum Cina telah kembali menyokong BN.

14. Setakat ini ramai yang beranggapan sokongan kaum Cina terhadap BN tidak lebih daripada kata pepatah "indah khabar dari rupa." Namun ramai juga berharap mereka jujur untuk terus bersama menyokong kepimpinan Dato Sri Najib dalam melakukan transformasi negara.

15. Sekadar renungan, saya tertanya-tanya mengapa DAP dan MCA begitu bertegang leher mempertahankan siapa yang lebih banyak mendapat sokongan kaum Cina sedangkan kedua-dua mereka banyak mengkritik UMNO apabila membincangkan berasaskan kaum? Apakah laungan tiada perbezaan antara kaum dan sebagainya hanya retorik apabila ia membabitkan orang Melayu?

- DR.KHIR

Keputusan @Tenang: PAS dan MCA kalah teruk ?

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang telah diduga dan terbukti sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat, termasuk undi Cina dan India.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, secara sinis mengatakannya 'tak menang dan tak tewas'. Hakikatnya beliau mengakui Pas kalah. Tetapi secara tersirat beliau menyindir MCA yang tewas kerana masih gagal menarik sokongan pengundi Cina di mana BN hanya menang tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

Beberapa pemimpin DAP mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, gagal menarik pengundi Cina di kawasannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali mengakui Pas memperoleh banyak undi daripada kaum Cina.

Teryata fatwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak mengundi Pas adalah jahiliyah tidak mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Dalam hujan lebat sambil mengharungi banjir mereka keluar mengundi BN.

Seperti Mustaffa, Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Md. Isa, turut menyalahkan faktor hujan dan banjir menyebabkan Pas kalah. Soalnya apakah kalau cuaca panas terik Pas boleh menang? Sebaiknya mereka menerima kudrat Tuhan. Takkan Pas mahu menyalahkan dan menolak kuasa Tuhan kerana tidak menyebelahi mereka.

Paling menarik dan melucukan ulasan Nik Aziz Nik Mat yang berkata, Pas tidak memburu kemenangan di dunia semata-mata dan menganggap perjuangan amal makruf nahi mungkar Pas telah berjaya. Sambil itu beliau menyoal bolehkah perjuangan UMNO itu dibawa ke akhirat?

Inilah kecelaruan fikiran Nik Aziz. Kalau Pas percaya perjuangannnya untuk kebaikan, menentang kemungkaran serta menuju akhirat tidak mungkin dalam kempen Pas melakukan fitnah dan pembohongan hanya kerana mahu meraih undi. Penuh kemungkaran. Ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Eloklah selepas Tenang, Pas bermuhasabah. Taktik lapok yang memperbodohkan pengundi terutama Melayu dengan memperalatkan agama sudah tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila Pas terlalu mengharap undi Cina hingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Orang Melayu mulai memikirkan masa depan anak cucu-cicit mereka. Buku jingga 100 hari dilihat sebagai penjual mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang boleh ditawarkan.
Kini Tenang dilanda banjir teruk. Mana perginya pemimpin dan penyokong Pas yang ramai pada hari berkempen tempoh hari? Rakyat mahukan bantuan. Inilah pengajaran paling besar tentang kejujuran dan keikhlasan mengikut Islam. Tapi Pas hanya mahu undi saja.

M. HANAFIAH A. SAMAD
Parit Yusof, Muar, Johor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...