PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Kisah-kisah menarik sebelum kita lupakan Cikgu Mala !!!


Saya masih ingat beberapa sms pertama yang saya hantar sebaik sahaja Ustaz Hadi Awang membuat pengumuman calon PAS di Dataran Wayang Pacak dan anda boleh merujuk posting saya berhubung insiden tersebut.

Belum lagi Normala Sudirman menang pilihanraya kecil DUN Tengah, Dataran Wayang Pacak telah ditukar nama menjadi Dataran Cikgu Mala. Menyedari kelemahan ketara yang ada pada calonnya, Jentera PAS bertindak lebih dari menukar nama Dataran tetapi turut membuat serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional.

Tindakan PAS membuat serangan peribadi kepada calon Barisan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan tambahan Pimpinan Tertinggi Jentera PAS telah diberitahu calonnya sendiri mempunyai nilai moral yang amat rapuh.

Serangan peribadi terhadap Mohd Azahar Ibrahim, sekarang Yang Berhormat DUN Tenang kebanyakkannya tidak melekat dan yang hanya berjaya kekal ialah tindakannya atas kapasiti penjawat jawatan awam dan bukan sebagai seorang individu. Malangnya cerita itu terlalu rumit dan tidak menarik untuk menjadi buah mulut bahkan PAS sehingga hari-hari terakhir berkempen pun tidak pernah mengedarkan kepada umum bukti-buktinya.

Sebaliknya, skandal hidup Cikgu Mala amat hebat dan melondehkan Cikgu Mala sebagai seorang wanita yang dipertikai moralnya dan bersuamikan seorang guru kaki ponteng amat mudah. Ceritanya panas dan senang tersebar dari mulut ke mulut.

Cerita bagaimana Cikgu Mala yang sudah bersuami kemudiannya menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Tuanku Bainun dan selang beberapa ketika bertemu dengan Ma’arof Abdul Mutalib lalu menghubungi suaminya menerusi telefon menuntut diceraikan adalah cerita kedai kopi yang paling panas.

Cerita bagaimana Cikgu Mala seorang hipokrit juga tidak kurang menariknya. Jiran tetangga dari Felcra Sekijang berduyun-duyun datang untuk berkongsi kisah Cikgu Mala mengainaya ibunya dan melayan bondanya itu seperti orang gaji. Ianya diikuti pula kisah ayah Cikgu Mala telah mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM500 ribu dari Tabung Koperasi Peserta Felcra Sekijang dan mengakibatkan kerugian hampir satu juta sebelum ke Indonesia untuk berkahwin seorang lagi.

Cikgu Mala berteriak setiap malam berkempen bahawa dialah yang akan membawa suara wanita ke Dewan Undangan Negeri Johor, tetapi jeritan batin ibunya dipekakkannya. Apa tindakan Cikgu Mala bila ayahnya membawa pulang seorang perempuan Siam dan disimpan dirumahnya? Pernahkah Cikgu Mala membela ibunya bila ayahnya bercerita di kedai kopi betapa ‘gentleman’nya dia dalam hal-hal hubungannya dengan wanita lain yang sudah pasti menjatuhkan maruah isterinya.

Bagaimana pula dengan kisah hubungan Cikgu Mala dengan anak-anaknya? Apabila Cikgu Mala di angkat PAS sebagai wanita suci pembela bangsa, bersuaralah juga mereka yang tahu itu adalah hipokrasi peringkat tertinggi. Seorang guru menceritakan bagaimana Cikgu Mala terus berbual ditelefon walaupun dimaklumkan malapetaka yang menimpa seorang anaknya.

Kemudian muncul kisah Ma’arof, yang sedondon dengan Cikgu Mala ke mana-mana. Cikgu Ma’arof mengambil tiga sijil cuti sakit selama hampir tiga minggu sehingga hari pembuangan undi tetapi dia zahirnya sihat sahaja ke sana ke mari. Hadirlah rakan-rakan sekerja bercerita kisah sebenar Cikgu Ma’arof  yang merupakan seorang kaki ponteng. Kebanyakkan aktiviti pontengnya seperti juga sewaktu berkempen, didorong oleh Cikgu Mala kerana Ma’arof sering meninggalkan tugasnya untuk memandu Cikgu Mala untuk aktiviti-aktiviti rasmi dan politiknya.

Jika semua kisah di atas tidak benar, Cikgu Mala dan keluarganya telah menjadi mangsa kerakusan politik yang berpunca daripada nafsunya untuk menjadi menjadi seorang pemimpin dan nafsu pemimpin partinya untuk menang dengan apa cara sekalipun.

Kita hanya sekadar mampu berdoa supaya Cikgu Mala dan keluarga dapat kembali hidup dengan tenang.

Tetapi imej yang terpalit kepada muslimah PAS dari imej Cikgu Mala ini mungkin memakan masa lebih lama untuk dilupakan.

DUN Tenang menyaksikan dua standard moral dipertandingkan. Moral PAS dan moral Barisan Nasional. Barisan Nasional tidak pernah menafikan atau menyembunyikan kelemahan moral sesetengah individunya. Bahkan kita semua tahu kisah hebat Chua Soi Lek, Presiden MCA. Kita juga tahu kisah nakal tokoh-tokoh lain. Ada sesetengah telah menerima hukuman dan sesetengah yang lain telah menghukum diri mereka sendiri. Tetapi kelebihan Barisan Nasional ialah mereka tidak mengamalkan hipokrasi.

- SYED AZIDI AZIZ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...