PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Analisis kawasan FELDA: Mazlan Aliman diberitakan terkencing dalam seluar ?


Keputusan ini merupakan mimpi mengerikan untuk Mazlan Aliman dan PAS kerana mereka telah di peruntukkan wang yang agak besar untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda untuk menentang kerajaan.
-------------------------------------------
ANALISIS KAWASAN FELDA
Felda Tenang : BN - 795 (71.3%), PAS - 320 (28.7%)
Felda Chempelak : BN - 985 (87.7%), PAS - 138 (12.3%)
Felda Chempelak Barat : BN - 838 (85.5%), PAS - 142 (14.5%)
-------------------------------------------

Peranan MBFM sbg wakil sah generasi kedua mmg sudah terbukti di Tenang.
JUMLAH KESELURUHAN UNDI KAWASAN FELDA :
BN - 2,618 (81.4%),
PAS - 600 (18.6%)

Dari keputusan di atas, jelas menunjukkan bahawa Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN walaupun aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pembangkang telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda Felda. Isu yang di mainkan oleh Anwar untuk mengambil tanah dari Felda Plantation dan di berikan kepada generasi muda juga tidak berjaya mengubah sokongan padu mereka kepada BN.

Mengikut keputusan mengikut saluran pula, di dapati pertambahan yang mendadak untuk BN di ketiga-tiga saluran. Saluran yang paling ketara ialah saluran untuk generasi muda Felda.

Kesimpulan yang dapat kita buat dari keputusan ini adalah seperti berikut :-

1) Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN
2) Sokongan peneroka dan generasi muda Felda semakin mantap kepada BN
3) Segala usaha yang telah di lakukan oleh Felda dan kerajaan telah di iktiraf oleh peneroka dan generasi muda Felda.
4) Majoriti peneroka dan generasi muda Felda menolak cara pembangkang menghasut mereka
5) Mereka semakin bijak di dalam menilai usaha murni yang dilakukan oleh Felda dan kerajaan

Walaupun keputusan pada kali ini semakin baik di kawasan-kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh mengambil ringan terhadap usaha jahat pembangkang untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda. Ini adalah kerana, selepas ini mereka akan bekerja lebih kuat untuk mengubah Felda yang menjadi kubu kuat BN.

Dikatakan, pembangkang terutamanya PAS dan PKR telah bersedia untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi (character assasination).



1 comment:

  1. bro.. rasanya macam silap angka..

    FELDA TENANG
    BN: 955
    PAS: 160
    Majoriti : 795

    PETI UNDI Cemplak
    BN : 985
    PAS: 135
    Majoriti : 850

    PETI UNDI Cemplak Barat
    BN : 838
    PAS: 142
    Majoriti : 696


    secara umum 85% - 87% sokongan pengundi di Felda utk BN.

    dalam PRU 2008 cuma sekitar 80% - 81% sahaja utk BN di 3 kawasan tu.

    http://novandri.blogspot.com/2011/01/updated-keputusan-pilihanraya-prk.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...