BN menang dengan majoriti 3,707

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang apabila calonnya Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti bertambah.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala memperoleh 2,992 undi yang memberikan majoriti 3,707 kepada calon BN.

Pada pilihan raya umum lepas, calon BN allahyarham Datuk Sulaiman Taha memperoleh majoriti 2,492 mengalahkan calon PAS Md Saim Siran.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Md Asri Amir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis pada kira-kira pukul 10.05 malam.

Keputusan itu yang pada mulanya dijangka diumumkan seawal pukul 8 malam bagaimana terlewat sedikit disebabkan kelewatan tiba beberapa peti undi akibat banjir besar yang melanda kawasan DUN berkenaan pada Ahad.

Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon BN ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaik keputusan diumumkan, Mohd Azahar, yang berkemeja batik biru dan bersongkok, dijulang oleh para penyokongnya yang turut melaungkan "Hidup BN!"

Walaupun banjir besar melanda beberapa kawasan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil itu, namun proses pengundian berjalan lancar dengan 67 peratus atau 9,833 daripada 14,753 pengundi berdaftar di dalam DUN Tenang telah keluar mengundi.

Banjir dan cuaca buruk dengan hujan lebat sepanjang hari telah menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot pada kali ini iaitu 67 peratus berbanding pada pilihan raya umum yang lalu, 73.52 peratus.

Sebahagian daripada para pengundi di tempat pengundian yang laluannya terputus akibat banjir terpaksa menggunakan perkhidmatan bot dan trak yang disediakan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Mohd Azahar, 39, yang juga dikenali dengan panggilan mesra Tok Ai ialah bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, manakala Normala ialah bekas guru.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

» Senarai Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri PN mengikut parti
16/10/20 05:36 from Aspirasi Bangsa

» PH catat sejarah dividen ASB paling buruk
18/12/19 06:54 from Aspirasi Bangsa

» Akibat pilih Peguam Negara daripada golongan kafir, undang-undang Malaysia kini huru-hara
13/12/19 07:27 from Aspirasi Bangsa

» Akibat undi PH, penjawat awam lantikan baru bakal digelar kontraktor
13/12/19 06:51 from Aspirasi Bangsa

» Anwar akui PH gagal urus ekonomi negara
13/12/19 06:47 from Aspirasi Bangsa

» PANAS BERAPI! GUANG ENG BAYAR AHLI PERNIAGAAN UNTUK SELESAIKAN ISU RASUAH?
06/03/18 12:32 from House PK
Aku suka video yang dibuat oleh Tentera Troll Kebangsaan ini. Sekarang aku nak cerita dengan korang perihal Guan Eng dan Zenith ni, mudah saja, apabila kantoi saja projek Terowong bawah laut oleh yang dibuat oleh Guan Eng and the team ma...

» CILI KASI TARUK! CONFIRM GUAN ENG HARAMI SUDAH KECUT TELOR!
06/03/18 09:13 from House PK
Apabila fitnah dah jadi sebati dengan diri, inilah jadinya. Zenith Konsortium dah mohon maaf pada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkaitan isu penerimaan wang RM 3 juta. Ingatkan isu dah selesai selepas Zenith membua...

» PANAS BERAPI! INI AHLI PARLIMEN BUKAN BERMUSIM TETAPI IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT!
28/01/18 09:56 from House PK
SINDROM baru nak tunjuk muka di kampung-kampung daerah pedalaman melanda pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ini dan tidak terkecuali di Baling. Maklumlah, dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal diadakan bila-bila masa sa...

» CILI KASI TARUK! WEI SAJAT BAPOK, NGAKU JE LA KAU TU JANTAN MENYAMAR PEREMPUAN!
23/01/18 00:27 from House PK
*Sajat: Mengaku Je Kalau Ade Telor* Masalah berat dalam negara kita ni apabila geng-geng kunyit ni semakin diangkat. Tak faham ape ke masalah kewarasan umat Islam ni bila bercakap pasal isu mak nyah atau pondan ni ade je golongan ustaz d...

» MARILAH KITA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK PM KITA
11/01/18 06:24 from House PK
Alhamdulillah PM kita sedang berada di Tanah suci dan marilah kita doakan agar beliau dan keluarga mendapat ibadat Umrah yang mabrur. #RespectMyPM

» CILI KASI TARUK! KP1M DATANG BANTU TAPI DR AFIF DOK LOQLAQ PASAIPA?
14/11/17 09:05 from House PK
*KP1M Datang Bantu: Dr Afif Dok Loqlaq Pasaipa* Perangai sawan babi pemimpin PKR nampaknya dah sampai ke tahap inifiniti. Apabila Pulau Pinang dilanda musibah, asal ada pemimpin BN datang dikatanya mempolitikkan bencana yang melanda. Tak...

» PANAS BERAPI! WALAU DIHINA ROSMAH TETAP TURUN UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR
07/11/17 04:42 from House PK
Insan inilah yang parti LGE selalu hina, fitnah, kecam sampai tak ingat dunia.. tapi jelas hari ini insan yang sering dihina itu tak berdendam.. Walau macam-macam orang kata pada dia tetapi DS Rosmah tak pernah ambil hati malah bila berl...

» PANAS BERAPI! LIM GUAN ENG PATUT LETAK JAWATAN KERANA GAGAL MENGURUS BENCANA!
07/11/17 02:43 from House PK
Tinjauan YB DSHH ke beberapa kawasan di Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir Nasib baik la askar dapat membantu mereka di Penang. Kita sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan, dari PM, TPM dan semua yang lain kerana ...

» CILI KASI TARUK! CINCIN DAN MENABUNG DARI KECIL- MENJEJAKI SEBUAH KEBENARAN
02/11/17 22:56 from House PK
  Saya tidak pernah menceritakan kepada umum tentang perkara ini. Jika yang tahu pun hanya ahli2 keluarga terdekat sahaja. Dan beberapa rakan2 rapat. Saya sengaja buat kerja senyap2 dan apabila dapat bahan saya sebarkan tanpa perlu ...

» MB PRIHATIN YANG MEMBANTU RAKYAT PADA APA SAJA KEADAAN SEKALI PUN
02/11/17 22:38 from House PK
YAB DS Dr Zambry Abd Kadir singgah melihat keadaan dua beradik yg menjadi mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal berhampiran SMK St Michaels Ipoh petang tadi. Beliau juga sempat menenangkan ibu mangsa yg baru tiba di t...

» PANAS BERAPI! AMANAH MEMANG BEBAL, INI BUKTINYA!
01/11/17 22:53 from House PK
*Anugerah The BrandLaureate: Amanah Perak Silap Pilih Isu Nak Fitnah MB* Satu demi satu fitnah Amanah Perak lemparkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Kadangkala, terasa seperti fitnah itu sudah sebati dengan kempi...

» TU DIAAA !! RM32 BILLION SAH HILANG DI BAWAH HIDUNG #TUNMAHATHIR ???
11/09/17 06:00 from Badut Rakyat
7 April 2015,Mahathir mengakui berlaku kehilangan wang negara ketika beliau menjawat jawatan perdana menteri, namun menegaskan rakyat dan dunia tahu bagaimana wang itu hilang.Sebenarnya,rakyat tidak tahu.Rakyat telah ditipu jumlah kehila...

» TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ???
24/08/17 04:30 from Badut Rakyat
Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama sendiri bagi hancurkan terus PAS.Bulan April 2017 ketika Muktamar PAS di Kedah,Ketua...

» KANTOI !!! #NOTHINGTOHIDE2 #NOTHING2HIDE2 !!! #TUNMAHATHIR #TUNM KENCING RAKYAT MALAYSIA ???
17/08/17 12:00 from Badut Rakyat
Pengerusi PPBM,Mahathir masih lagi cuba menegakkan benang yang basah apabila mengulangi tuduhan bahawa kekecohan di program Nothing To Hide 2.0 adalah disebabkan oleh UMNO dan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Azmin juga buat tu...

» KANTOI !!! #DAP LINDUNGI KILANG HARAM DI #PULAUPINANG !!!
17/08/17 05:30 from Badut Rakyat
Sudah terang lagi bersuluh.Imej satelit telah membuktikan kilang haram dibina pada zaman pemerintahan DAP bukannya BN.Ketua Menteri DAP,Lim Guan Eng cuba lari dari tanggungjawab bila meminta maaf kepada penduduk Sungai Lembu kononnya kil...