PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

6 kegagalan di Kelantan cuba dibawa PAS ke Tenang, Johor

ADUN PAS jangan bisu.. bersihkan imej segera !!!
Selepas berpuluh tahun memerintah kelantan, kerajaan PAS masih gagal menguruskan negeri dan menyusahkan rakyat Kelantan dalam berapa isu penting iaitu
1. Isu bekalan air dan kualitina , 
2. Jalanraya, 
3. Perparitan, 
4. Banjir 
5. Kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat 
6. Peluang pekerjaan yang amat menyedihkan (rakyat tpaksa berhijrah)

Oleh yang demikian, rakyat Tenang pilihlah yang boleh membela anda... Jangan dipilih mereka yang ternyata gagal. 
..............................................................
Usah jual temberang, rakyat Kelantan sudah lama tidak terbela dan rakyat Johor terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tidak sepatutnya terpedaya.


Inilah mesej yang akan disampaikan UMNO Kelantan kepada pengundi di DUN Tenang untuk mereka membuat penilaian sebenar dalam memilih calon wakil rakyat mereka pada 30 Januari ini.

Bagi memastikan pengundi Tenang tidak melakukan kesilapan Badan Perhubungan UMNO  Kelantan akan mendedahkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan membangunkan negeri itu walaupun diberi peluang selama 20 tahun memerintah Kelantan.



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Kelanta,  Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata  pendedahan yang akan dibuat pada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang itu adalah bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah yang ditabur parti itu.

“Seramai 20 tenaga yang berpengalaman akan dihantar ke DUN berkenaan bagi membantu UMNO Johor sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian 30 Jan ini.
“Antara perkara yang akan diceritakan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat yang menjadi kebanggaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan ramah mesra dengan nelayan Pangkalan Petah, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha bulan lepas. Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN),  Mohd Azhar Ibrahim akan ditentang calon Pas, Normala Sudirman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...