PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

68.68 % keluar mengundi. Menang belum pasti milik BN !!!!

Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.


Pesanan kepada penyokong BN, jangan terlalu mengharap bulan bintang.

Kita dalam keadaan tidak selamat sekarang kerana ramai penyokong dan pengundi melayu tidak dapat keluar mengundi kerana banjir.

Peratusan pengundi yang rendah kebiasaannya tidak menyebelahi kita.

Hujan lebat pada awal pagi menyebabkan sesetengah pengundi merancang untuk pergi mengundi sebelah petang. Tetapi di sebelah petang keadaan makin teruk dan air mula naik di banyak tempat.

Mereka sibuk mengalihkan barang-barang di rumah masing-masing dan di sebahagian tempat ada yang telah dipindahkan. Malah ada tempat yang terputus hubungan.

Kalau ada rezeki kita, menanglah BN.

Kalau tiada rezeki nak buat bagaimana...

Jadi dalam masa 1 jam yang tinggal kita pakat keluarkan seramai mungkin... !!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...