PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Keluarga Allahyarham tak REDHA: Nik Aziz & Hj Hadi perlu mohon maaf bagi pihak PAS.

Keluarga Arwah tak redha... 
Nik Aziz dan Haji Hadi perlu mohon maaf bagi pihak PAS 
atas dosa memutarbelitkan kematian Alllahyarham Abd Latif. 
Demi mendapat kuasa, PAS sanggup apa sahaja terutamanya memain isu-isu agama demi mendapat undi. Inikah Islam sebenar ???
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar Hiasan: YAB PM ketika melawat orang meninggal..


“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).



 Isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas menabur fitnah dan mempolitikkan kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.


Lebih menyentuh hati Maimunah Hendon 54, dan anak-anaknya apabila Pas menuduh keluarga membiarkan jenazah Allahyarham tanpa diurus semata-mata untuk menunggu diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan berada di Felda Tenang pada hari berkenaan.


Tuduhan Pas itu terkandung dalam edisi kedua Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diterbitkan Badan Perhubungan Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Tidak cukup dengan itu, Pas menerusi buletin itu mendakwa kononnya Allahyarham meninggal dunia kerana ‘risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu’.
Perasaan sedih dan rasa terkilan Maimunah itu tidak dapat disembunyikan ketika beliau ditemui wartawan di rumahnya di Bandar Putra di sini petang ini.

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

“Banyak benda bohong disiarkan. Janganlah soal mati pun hendak dijadikan bahan politik,” katanya.
“Dia (Normala) datang bertanyakan nama saya dan nama arwah suami saya dan mengucapkan takziah kepada saya. Memang saya sedar gambar itu diambil oleh beberapa orang tetapi saya tidak fikir apa-apa pun masa itu.

“Sebagai orang Islam, saya bersangka baik dengan mereka, takkan pula nak halang mereka datang. Sebab itu sekarang saya terkilan sebab perkara ini kecoh, kawan-kawan beritahu cerita dan gambar saya keluar surat khabar,” katanya.

1 comment:

  1. salam.....

    untuk menebus kekesalan PAS..eloklah calonnya
    tarik diri jer lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...