Lumrah kehidupan pelbagai pertanyaan melebihi jawapan, begitulah diumpamakan dengan persoalan ' Adakah Pas masih relevan?'. Inilah persoalan yang perlu dijawab rakyat Malaysia khususnya penyokong pembangkang yang dilihat taksub pada kemenangan sehingga mengenderai syaitan untuk memerangi Barisan Nasional.
Terbaru Pas melebarkan sayap buatannya dengan mewujudkan fatwa baru apabila Nizar menghukumkan haram syarie jika pengundi di Tenang mengundi UMNO dan Nik Aziz pula melabelkan pengundi yg mengundi BN di Tenang adalah golongan jahiliah.
Disebalik kancah PRK Tenang ini, para pemimpin Pas dilihat taksub untuk mengekalkan kuasa sehingga sanggup membuat pernyataan yang memecahbelahkan masyarakat Islam di Malaysia.
Inikah pemimpin yang anda mahu contohi? Pemimpin yang berlagak berilmu tinggi sehingga mencipta pegangan sendiri sehingga melawan hukum tuhan sendiri. Oleh yang demikian, mengapa rakyat Malaysia akan terus memilih Barisan Nasional? Lihatlah simboliknya Barisan Nasional pada rakyat Malaysia dibawah:
1. Kepimpinan teras utama - Berdasarkan kepimpinan BN dan kepimpinan pembangkang, kepimpinan BN jauh lebih baik dan sejak dahulu lagi BN telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas dimana menerapkan konsep permuafakatan antara parti sedang Pas kini kian terpesong kononnya parti Islam yang menerapkan Islam seratus peratus tetapi menolak fahaman Islam sebenar itu sendiri.
2. Kemurahan hati sifat terpuji - Jika hendak melihat betapa baiknya seseorang lihatlah pada hatinya, inilah antara sifat-sifat terpuji para pemimpin BN yang sanggup melopori kesusahan rakyat bersama demi kesejahteraan bersama berbanding Pas yang hanya 'indah rupa dari kata-kata'.
3. Menipu bukan sifat BN - Kerajaan BN tidak rela menang dengan menipu rakyat dan kemenangan BN adalah kemenangan rakyat juga kerana BN dipilih oleh rakyat berdasarkan sistem demokrasi berparlimen yang bebas, berbanding Pas serta pakatannya yang hanya bersandiwara bertopengkan serban dan jubah kononnya inilah pakatan pembela rakyat.
4. Kebajikan rakyat misi utama - Ternyata kebajikan rakyat terbela dengan adanya kerajaan menerusi BN yang berusaha merubah kehidupan rakyat kepada kehidupan lebih terjamin dimana sebanyak 43.4 bilion jumlah subsidi telah dibelanjakan setahun ke atas barang-barang keperluan buktinya kini jurang kemiskinan antara rakyat berjaya diturunkan secara ketara.
5. Pembangunan modal insan penyampaian berkesan - Terbukti kepimpinan BN kini berjaya menerapkan pembinaan modal insan sekaligus telah memberi manfaat besar kepada negara terus memacu negara menjadi lebih bermutu setaraf negara maju yang lain, sedangkan Pas mempergunakan rakyat demi pemikiran sempit dan taksub mereka terhadap perjuangan ala Islamiah sehingga sanggup memburukkan imej bersih kerajaan pada dunia luar.
6. Pencapaian cemerlang negara dalam pelbagai bidang terutama sejak merdeka; sekali gus membuktikan keupayaan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menunaikan janjinya kepada para pengundi. Kepada rakyat Malaysia khususnya yang berada di DUN Tenang, bangun dan sedarlah kerana Pas hanya parti angan-angan sahaja dimana parti ini(Pas) telah banyak menipu, merosakkan dan menjual maruah rakyat Kelantan demi fahaman toghutnya.
Untuk pengundi di Tenang selamat mengundi Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment