Selama 8 hari berkempen, ternyata integriti Normala Sudirman yang menjadi topik utama untuk dipersoalkan berbanding Azahar Ibrahim yang hanya dipersalahkan kerana tanah seorang pengikut PAS dilelong setelah pengikut PAS itu tidak membayar hutang bank. Salah Azahar Ibrahim pula adalah kerana dia seorang penjawat awam yang menjalankan tugasnya melelong tanah tersebut apabila si pembuat hutang gagal melunaskan hutang-hutangnya dengan CIMB. Berbanding Normala Sudirman yang mempunyai terlalu banyak 'kesalahan', Azahar Ibrahim jauh lebih mudah dalam pertandingan ini.
Normala dikatakan seorang bekas Puteri UMNO yang gagal dalam pertandingan Ketua Puteri, menyebabkan dia MERAJUK dan menyertai PAS sekalipun biodatanya menjelaskan, dia aktif dalam PAS semenjak di bangku sekolah menengah lagi.
Normala pada peringkat awal menafikan pernah berkahwin dua kali, dibuktikan menipu apabila gambar perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdul Rahman disebarkan secara meluas. Kisah kecurangan Normala terhadap Abdul Rahman yang hanya bekerja sebagai seorang pelayan di restoran makanan segera Marry Brown, menjadi cerita yang 'paling seronok' diperkatakan, terutama apabila dia meminta cerai daripada Abdul Rahman menerusi telefon bagi membolehkannya berkahwin dengan Maarof Abdul Mutalib, suaminya sekarang.
Normala juga dituduh memandu tanpa lesen selama bertahun-tahun tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Ada blogger yang mendedahkan bagaimana Normala memandu kereta Alza tanpa lesen dan mempertikaikan kepatuhan Normala kepada undang-undang pada ketika dia menawarkan diri untuk menjadi calon pilihanraya DUN Tenang. Kalau undang-undang sekecil itu pun sudah dilanggar, tidak mustahil undang-undang yang lebih besar akan dilanggar apabila bergelar Yang Berhormat.
Keserakahan Normala dapat dilihat dengan jelas menerusi pendedahan sekeping gambar yang menunjukkan Normala sudah tidak sabar-sabar untuk menghabiskan majlis doa dengan menghidangkan makanan. Berpandukan kepada sebuah hadis, solat tidak boleh didahulukan apabila makanan terhidang. Dan mungkin Normala menyedari tentang hadis tersebut, tatkala orang lain sedang mengangkat tangan sedang berdoa, dia menghidangkan makanan, sekaligus memendekkan doa itu dan makanan boleh disuap ke dalam mulut tanpa rasa bersalah lagi.
Namun yang paling ketara ialah sijil sakit 21 hari milik Maarof Abdul Mutalib yang jelas menunjukkan betapa serakahnya laki bini itu untuk mendapatkan kedudukan dalam politik. Maarof berjaya mendapatkan pengecualian bertugas menerusi sijil sakit 21 hari. Namun kesempatan itu juga digunakan oleh Maarof untuk menemani isterinya tanpa sebarang tanda-tanda sakit. Mungkin juga Maarof tahu, dia pernah menggoda dan mengambil isteri orang, maka tidak mustahil, perkara yang sama berlaku kepadanya, meskipun perkongsian hidupnya dengan Normala telah dikurniakan tiga orang anak. Justeru, menemani isterinya dijadikan satu kewajipan, dan dengan bersandarkan kepada ajaran Islam mengikut fahamannya, perbuatannya itu dianggap halal dan dibolehkan.
Pendedahan malam tadi juga menunjukkan meskipun Normala Sudirman mendapat pangkat satu dalam SPM, namun dia gagal total dalam matematik. Ulama-ulama Islam terdahulu merupakan pakar-pakar matematik dan sangat dikagumi kerana penemuan mereka dalam kaedah matematik, di samping sumbangan yang sangat besar dalam bidang astronomi. Memperkatakan tentang Islam dan perjuangan Islam, mahu tidak mahu perlu juga memperkatakan tentang Matematik kerana ajaran Islam adalah syumul dan penuh dengan angka serta matematik.
Pemimpin beragama Islam yang gagal dalam matematik, tidak selayaknya berada di tampuk kekuasaan. Begitu juga dengan mereka yang bergelar ulama, sepatutnya berasa malu kerana gagal menguasai matematik. Tanpa matematik, bagaimana mereka hendak mengulas tentang kedudukan kiblat secara tepat. Tanpa matematik, bagaimana mereka hendak menentukan bulan Ramadhan dan Syawal serta Zulhijjah kerana falak adalah pengiraan. Tanpa matematik, kalaupun sijil SPM menunjukkan Pangkat 1++, ia diibaratkan sebagai sampah di tengah longkang.... tidak bernilai langsung!!!
Perang pilihanraya telah bertukar 180 darjah. Ia tidak lagi konvensional seperti dahulu dengan retorik-retorik slogan atau manifesto. Ia melibatkan peribadi dan calon, bukannya parti. Kepimpinan parti yang beranggapan bahawa para pengundi akan memilih parti berbanding calon, adalah satu kesilapan yang besar. Sebaik mana pun perjuangan sesebuah parti, meletakkan calon yang salah, pasti akan membuatkan parti menanggung kerugian yang besar.
Maka seharusnya, Dewan Pemilih (Syura) membuat kerja yang sangat teliti pada masa-masa akan datang. Ini bukan lagi zaman orang percaya dengan apa yang diceramahkan dan dikempenkan kerana banyak maklumat yang boleh diperolehi dengan mudah menerusi penguasaan ICT, bukannya menerusi pentas ceramah politik.
Berjayakah Normala Sudirman dalam pertandingan kali ini terutama selepas segala-gala tentang dirinya dilondehkan oleh pihak lawan? Dan kalaulah Normala Sudirman ditakdirkan menang, bagaimanakah dia hendak berhadapan dengan isu-isu yang telah dibangkitkan tentang dirinya, suaminya serta latar belakangnya sepanjang kempen 8 hari ini sebab para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, akan pulang semula ke sarang. Begitu juga dengan para penyokong. Yang tinggal di Tenang adalah Normala dan suaminya.... isu-isu itu pula tetap kekal dalam kepala para penduduk Tenang selagi mana mereka melihat Normala dan suaminya....
* Ada banyak lagi kisah hari ini dan esok yang akan jadi tatapan umum. Kita tunggu !!!
No comments:
Post a Comment