Fatwa haram mengundi calon Umno sebaliknya wajib menyokong calon Pas dalam pilihanraya kecil Tenang yang dikeluarkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin jelas menunjukkan sikap dan mentaliti sebenar pemimpin Pas itu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menghalalkan tindakannya bagi menagih sokongan dan simpati rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Adun Pasir Panjang itu sanggup mengangkat dirinya sampai ke peringkat tok guru dan ulama yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan fatwa halal dan haram.
“Itulah sifat dan mentaliti sebenar Nizar dan sekarang sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan sokongan rakyat.
“Saya juga tidak terkejut dengan tindakannya mengeluarkan fatwa itu kerana kita tahu banyak cakapnya yang merapu dan ikut sedap mulut sahaja. Mungkin beliau sendiri tidak tahu apa yang diperkatakannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pengukuhan Intergriti Guru Dakwah Negeri Perak di Teluk Batik Resort, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nizar dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas, Labis baru-baru ini yang mengatakan, mengundi untuk calon Umno adalah haram di sisi agama tetapi sebaliknya wajib menyokong calon PAS, Normala Sudirman.
Nizar dilaporkan berkata, pengundi Islam adalah wajib di sisi agama untuk menyokong calon PAS.
Sementara itu, Dr Zambry mencabar Nizar agar memberi jawapan terhadap pendedahan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi pada sidang dewan November lalu bahawa wakil rakyat Bebas itu ditawarkan sejumlah RM250,000 oleh mantan Menteri Besar.
“Nizar mengatakan haram pengundi calon Umno kerana parti itu zalim dan mengamalkan rasuah, tetapi kalau beliau berani, sila beri penjelasan berhubung tuduhan Jamaluddin dalam dewan tempoh hari supaya kita tahu siapa kaki rasuah yang sebenarnya,” tambahnya lagi.
Dr Zambry berkata, wakil rakyat itu akan terus memutar belit fakta untuk menghalalkan apa sahaja tindakannya termasuk menuduhnya memberi tanah kepada Cina ketika berceramah di kawasan pengundi Melayu dan mengangkat dirinya sebagai pejuang kepada umat Islam di hadapan pengundi Cina.
Mengulas sokongan DAP yang dilihat semakin rapuh dalam kempen pilihan raya kecil Dun Tenang, beliau berkata, parti itu sebenarnya sukar untuk bekerjasama dengan Pas.
“Kedua-dua parti ini sebenarnya sukar untuk kerjasama dan kita tahu kehadiran DAP di Tenang sekadar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sokong calon Pas….itu sebagai tanda sokongan dan kehadiran itu tidak ubah seperti sistem touch n go sahaja,” katanya.
Mengulas mengenai kursus itu, Dr Zambry berkata, ia antara lain bertujuan meningkatkan kualiti dan sumbangan guru dakwah melalui latihan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri.
“Lebih 100 guru ini bertanggungjawab dalam hal dakwah di negeri Perak dan kita mahu mereka diberi latihan dan pendedahan sewajarnya memandangkan mereka datang dari latar belakang yang berbeza,” ujarnya.
Sumber: Perak Today

No comments:
Post a Comment