PAS makin terdesak dan hilang akal. Unsur samseng dan biadap dalam pilihanraya yg dibawa DAP dan PKR mula meresap PAS.. Inilah hasilnya bila "gabungan syaitan" bergabung menjadi satu.
............................................................................
LABIS, Wanita Umno Labis membuat laporan polis berkenaan penyebaran risalah-risalah yang mengatakan sayap itu tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.Laporan polis itu dibuat oleh ketuanya Haslinda Salleh kira-kira 1 tengah hari di Balai Polis Labis.
“Ia adalah suatu pembohongan dan fitnah untuk memecahbelahkan Wanita Umno dan calon Barisan Nasional. Kami meminta satu siasatan dijalankan,” katanya selepas selesai membuat laporan polis.
Selain itu, katanya pergerakan itu turut menafikan Wanita Umno atau BN telah mencetak risalah terbabit dan mengedarkannya ke rumah-rumah dan premis lain di DUN Tenang.
Haslinda yang sebelum ini disebut-sebut sebagai pemimpin yang dipertimbangkan untuk menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil itu, berkata Wanita Umno Labis menyokong penuh 110 peratus pencalonan Mohd Azahar.
Beliau berkata pihaknya mengesan risalah itu yang kononnya telah dicetak oleh ‘Kelab Wanita Veteran BN Labis’ di sekitar Kampung Mambai.
“Saya ingin menjelaskan bahawa Kelab Veteran Wanita BN Labis itu tidak wujud,” katanya dan menambah pihaknya bimbang penyebaran risalah berbentuk fitnah oleh pihak tertentu itu akan berleluasa jika tidak ditangani.
Haslinda turut mendakwa kewujudan kumpulan-kumpulan wanita yang menyamar sebagai anggota Wanita Umno dan bergerak ke kampung-kampung serta kawasan penempatan Felda.
“Kumpulan-kumpulan seramai lima orang Muslimah itu memakai tudung merah sebagaimana yang selalu dipakai oleh Wanita Umno dan berkunjung ke rumah-rumah penduduk,” kata beliau.
Pihaknya mengenal pasti bahawa kumpulan Muslimah terbabit tidak dianggotai oleh Wanita Umno, katanya.
Sumber: Politik Harian
Dimana ada keburukan dan kejelekan pasti Syaitan ada di situ. Apa yang tak molek dan kotor Syaitan ada di situ. Orang PAS pun tahu dan mereka memilih untuk menjadi Syaitan.
ReplyDeleteTakkan lah malaikat ada di tempat keji.
hari ini 3 org wanita berbju serta bertudung merah
ReplyDeletememinta ic dan alamat di tmn seri bayu