Mengapakah Azizah menyatakan dia tidak tenang di TENANG ?
- Adakah kerana calon PKR tidak bertanding ?
- Adakah kerana masalah Anuwar (yg tidak hadir pada pengumuman calon dan penamaan) ?
- Adakah Anuwar buat masalah lagi
- Atau lain-lain alasan... yang kita tak tahu
DI TENANG, JIWA TAK TENANG
Sabtu 22 Januari 2011 – hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang. Azhar Ibrahim (BN) dan Normala Sudirman (PAS) secara rasmi menjadi calon pilihanraya ini.
PKR tidak meletakkan calon. Bagaimanapun, pada petangnya Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah membuat tweet berikut: “Di Tenang – jiwa x tenang.”
Saya segera membalas tweet beliau, “Apakah yang membuatkan Datin Seri tidak tenang?”
Dia tidak membalas twitter saya. Bagaimanapun selepas itu, beliau memadamkan tweet berkenaan – mungkin ramai orang lagi bertanya soalan yang sama.
Saya tidak mahu membuat apa-apa andaian – sama ada ia dilakukan oleh minda separa sedar beliau atau sebaliknya. Dr Wan Azizah juga bukanlah pemimpin politik yang pertama dan terakhir memadamkan tweetnya.
Beberapa hari sebelum itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Akin telah tweet beliau dalam perjalanan menziarahi jenazah ADUN Merlimau, Allahyarham Dato’ Mohamad Hidhir Abu Hassan yang menurut beliau akan dikebumikan selepas Asar – sedangkan pada waktu itu Allahyarham masih lagi belum meninggal dunia dan pengkebumian beliau dilakukan pada hari berikutnya.
Saya membalas twitter beliau dan memaklumkan Allahyarham belum lagi meninggal dunia pada ketika itu. Shamsul kemudian memadamkan twitternya.
Saya tidak tahu apakah punca Dr Wan Azizah menulis sedemikian di twitternya.
Baca selanjut di sumber asal.

No comments:
Post a Comment