Berita terkini dari Tenang memberi tahu ada sesuatu yang “tidak kena” pada jentera kempen PAS di sana. Menurut sumber, jentera kempen pihak PAS sedang berada di dalam keadaan “ribut taufan”. Huru hara dan bergaduh sesama sendiri. Tidak ubah seperti puak-puak musyrikin yang bertelagah sesama sendiri ketika berperang di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat dahulu.
Menurut “sumber dalaman” penulis, kempen PAS di PRK DUN Tenang telah diboikot secara “halus” oleh Mazlan Aliman, kumpulan ANAK dan Dewan Pemuda PAS. Ini adalah hanya disebabkan oleh sifat dengki yang ada pada Mazlan Aliman kepada calon PAS PRK DUN Tenang, Normala Sudirman. Menurut sumber lagi, Mazlan Aliman memang hadir di PRK DUN Tenang, namun kehadirannya hanyalah sekadar “tunjuk muka” sahaja.
Sebetulnya, dikhabarkan bahawa Mazlan Aliman sememangnya sangat bercita-cita besar untuk menjadi calon PRK DUN Tenang ini. Ini memandangkan bahawa terdapat rangkaian Felda di dalam kawasan DUN Tenang. Memandangkan aktiviti Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK yang “konon-konon”nya membela nasib anak-anak Felda, maka dia merasakan bahawa dialah yang paling layak untuk bertanding disitu.
Selain itu, analisis penulis berpendapat bahawa ada logiknya Mazlan tidak mahu Normala menang di PRK DUN Tenang. Kemenangan Normala di Tenang akan menggambarkan masa depa dan cita-cita Mazlan untuk menjadi calon di DUN Tenang pada PRU13 nanti menjadi kelam. Jika Normala menang, Mazlan khuatir Normala akan dicalonkan semula di DUN itu pada PRU13 dan ini “memotong jalan” Mazlan secara peribadi. Mungkin diatas itu, congak sifir Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK berpendapat adalah wajar untuk mereka memboitkot kempen Normala itu.
Sebagaimana maklum, Dewan Pemuda PAS dan kumpulan ANAK agak bergantung kepada Mazlan Aliman jika mereka berada di dalam kawasan Felda. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman ini adalah “taiko” besar yang berpengaruh di semua Felda di seluruh negara. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman juga berpengetahuan luas tentang sosio-budaya Felda dan sangat arif dengan isu-isu Felda. Dan memandangkan Mazlan bertindak memboikot kempen Normala “secara halus”, maka mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut jejak langkah “boss” mereka itu.
- MYKMU
No comments:
Post a Comment