Masa minum kopi petang tadi, ramai kawan-kawan geleng kepala bila bercakap pasal tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang sibuk dok plan nak buat perhimpunan besar-besaran depan Kedutaan Mesir 4 Febuari ini.
“Kalau sebab demo di Kuala Lumpur Hosni Mubarak letak jawatan, aku sunat sekali lagi pun tak apa, apa punya ‘auta’ pembangkang ni…”
- AGENDA DAILY
Kami gelak sakan bukan apa, tak boleh faham cara pembangkang ini berfikir dan apa yang ada dalam otak mereka.
Pada waktu ini kerajaan kelam-kabut cari jalan macam mana cara terbaik hendak menangani masalah lebih 11,300 pelajar Malaysia yang terperangkap dalam huru-hara di negara itu.
Kalau nak urus 100 ke atau 500 orang ke tak le pening kepala sangat...ini 11,300 bukan kecik anak punya kerja.
Kalau nak urus 100 ke atau 500 orang ke tak le pening kepala sangat...ini 11,300 bukan kecik anak punya kerja.
Pemimpin pembangkang bukannya hendak bagi idea atau cadangan macam mana hendak selesaikan masalah rakyat Malaysia, sebaliknya depa ramai-ramai dok kalut dengan buat demo suruh Presiden Mesir Hosni Mubarak letak jawatan.
Ni kata kawan-kawan tak ada kerja cari kerja asyik syok nak berdemo aje.
Ni kata kawan-kawan tak ada kerja cari kerja asyik syok nak berdemo aje.
Ikut kenyataan Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad, perhimpunan itu akan diadakan pada 4 Februari ini bagi terus mendesak Hosni Mubarak meletak jawatan.
Katanya, perhimpunan hanya akan diadakan dan ia bergantung dengan keadaan semasa negara itu.
“Jika Mubarak masih memerintah sehingga Jumaat ni maka kita akan adakan perhimpunan besar-besaran bagi mendesak beliau segera meletak jawatan.” kata Dr Syed Azman depan Kedutaan Mesir Isnin pagi.
Kata seorang kawan, “piirah… demo puluhan ribu rakyat Mesir sendiri sampai mati 100 orang pun Hosni Mubarak tak hairan, Inikan pula, demo 70 orang di Kuala Lumpur, apa dia peduli..”kata kawan itu lagi.
Kawan tu kata demo 70 orang sebab pagi Isnin walaupun sibuk SMS rata dok panggil orang join hanya 70 orang saja hadir, itu pun kata kawan itu, dah kira sekali bayang, kalau betul-betul tak sampai 30 orang.
Menurutnya, Mesir itu ada 80 juta rakyat, tahulah depa jaga diri, tamadun dia 3000 ribu lagi awal pada kita, tak payah hendak sibuk urusan dalam kain orang.
“Ada baiknya pembangkang bagi idea, apa kaedah terbaik hendak selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di sana, hendak angkut bawa balik naik kapal terbang ke negara jiran dulu ikut laluan darat atau macam mana?” kata kawan itu.
Cerita kawan itu, keadaan gawat di sana, kedai dirompak, banduan bunuh warden, lari dari penjara, bangunan terbakar, pencuri-penyamun di mana-mana.
“Pelajar kita ada yang terkurung tak ada bekalan makanan, hendak keluar takut, duduk rumah lapar, pemimpin pembangkang bukan saja tak bagi idea, pi dok tumpang sekaki pulak sokong demo suruh Hosni letak jawatan apa manafaatnya... pelik-pelik…” katanya.
Demonstrasi di Mesir sejak 25 Januari lalu sudah membunuh ratusan orang dan dijangka dalam sehari dua ini akan ada lagi demontrasi besar-besaran yang dirancang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hendak meninggalkan negara itu, termasuk ribuan pelajar Malaysia.
Yang lebih menarik lagi, kalau kita buat analisis, kebanyakkan pelajar Malaysia di Mesir ini diketahui pro pembangkang.
Sebab itu, ramai yang geleng kepala bila pemimpin pembangkang nak buat demonstrasi depan Kedutaan Mesir suruh Hosni Mubarak letak jawatan.
“Kalau nak publisiti murahan pun cerdik la sikit, janganlah sampai orang kata nak cari publisiti bodoh,”kata seorang kawan sambil pekena teh tarik.
Kata kawan lain pula, sikap itu menunjukkan pembangkang ini bangkrap idea, mereka tengok satu dunia demo, mereka pun hendak tumpang semangkok demo.
“Yang orang lain demo itu NGO, bersama rakyat Mesir di negara itu, bukan parti politik, parti politik kalau yang cerdik tak ikut campur soal dalaman negara lain,” katanya.
Hujah kawan itu, apa yang jadi di Mesir itu antara Hosni Mubarak dengan rakyat dia, masalah dalaman semata-mata, yang kita nak pi demo ni pasal apa?
“Lainlah kalau Hosni Mubarak tutup sempadan dengan Palestin, kita demo okaylah, sebab itu isu kemanusiaan antarabangsa libatkan nasib Palestin, ini soal dalaman macam kes di Thailand krisis antara Thaksin dengan Abashit, apa ke jadahnya kita pi demo?,” kata kawan tu.
“Lagi satu, depa ingat dengan demo depan kedutaan Mesir di Kuala Lumpur Husni Mubarak nak letak jawatan ke?”tambah dia.
- AGENDA DAILY
No comments:
Post a Comment