Benarkah maklumat memberitahu bahawa pihak Pas sudah membayar seorang wanita Cina untuk membuat pengakuan pernah bersama Tok Ai ??
Gambar disebelah ini baru dijumpai di Taman Bahagia, Labis pada lebih kurang pukul 2:00 tengahhari.
Dari pihak yang mendapat sumber ini memberitahu risalah ini telah disebarkan oleh dua anak muda berbangsa Cina yang menaiki motosikal. Maklumat kami memberitahu bahawa pihak Pas sudah membayar seorang wanita Cina untuk membuat pengakuan kelak.
Perkara sudah dikiaskan oleh Pengarah Pilihanraya Pas, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar. Walaupun beliau pernah meminta tidak main isu peribadi, tetapi beliau yang telah memulakan permainan perbadi dengan mereka-reka cerita mengenai isu tanah dan kini ftnah skandal Tok Ai.
Ianya sebahagian dari taktik kotor waktu terakhir kempen yang dilakukan oleh jentera berkempen PAS. Kualiti risalah ini menggunakan art paper menunjukkan ianya sesuatu yang terancang dari awal.
Sebelum ini, PAS ada memaparkan kain rentang berkenaan perkara yang sama.
Sepanjang kempen, Pas kerap kali mengeluarkan risalah palsu yang kononnya surat-surat dari Perkasa, Majlis Tempatan, dan risalah sabotaj dan poster-poster palsu menggunakan nama Kelab Wanita Veteran BN Labis yang tidak wujud.
Malahan PAS akan bermain taktik kotor untuk membuat jalanraya sesak dan membuat rusuhan untuk menyusah dan menakutkan pengundi dari datang mengundi esok.
- http://tenangprk.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment