PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Baki 3 hari, BN ketinggalan dan mungkin tewas di Tenang !!!

Hanya tinggal baki 3 hari sebelum PRK di Tenang kita ketahui keputusannya. 

Kalau BN rasa nak menang, peluang masih ada. Semua jentera kempen harus 'all out' dalam tempoh berkempen yang berbaki tiga hari lagi, dan jangan hanya berharap pada wanita Umno sahaja. Jangan terlalu selesa sangat dan harus buang cara berpolitik lama. Sekarang zaman telah berubah, jangan lagi ingat sesiapa sahaja calon asalkan mewakili BN maka dia akan menang.

Setakat ini kelebihan undi Melayu boleh dikatakan berpihak kepada BN. Walaupun sokongan lebih kepada BN ianya tidak menjamin kemenangan kerana pengundi melayu hanya 47 .54 %.

Dipendekkan cerita, jangan terkejut sekiranya Pas mampu lakukan kejutan di Tenang, seperti apa yang terjadi di Sibu.


Diperhatikan cara berkempen BN di sini lebih kurang cara berkempen di Sibu. Jentera kempen BN kelihatan selesa, mungkin kerana menjangkakan mereka akan menang dengan mudah. Ini berbeza dengan jentera kempen Pas yang kelihatan semakin kuat bekerja. Jentera-jentera kempen Pas begitu agresif sekali bergerak mengedar risalah-risalah serta surat khabar cina sambil membawa loud haler memaklumkan lokasi-lokasi ceramah Pas.

Menurut peniaga di situ, dalam tempoh satu jam tiga kali mereka pusing tempat itu dan memaklumkan tentang program Pas. Bila ditanya balik tuan kedai tersebut, orang BN berapa kali pusing seperti itu dan dijawabnya tak pernah ada sekali pun.

Ada seorang jentera parti yang telah bertungkus lumus di Tenang mula mengesyaki yang berkemugkinan besar undi akan berpihak kepada pembangkang apabila dilihat jentera BN semakin 'overconfident' dengan hanya bersandarkan pengundi-pengundi FELDA sahaja.

Beliau juga mengulas bahawa jentera parti lupa akan pentingnya menang dengan majoriti lebih besar berbanding dengan menang dengan majoriti berkurangan. Janganlah sebab menang di Galas dan Batu Sapi seolah-olah BN sudah diterima kembali oleh pengundi dan bekerja ala kadar sahaja,tidak bersungguh-sungguh dan berganding bahu.

Pihak pembangkang akan diberi nafas baru sekiranya berjaya mengurangkan majoriti undi apatah lagi sekiranya BN tewas. Beliau juga mempersoalkan, adakah parti komponen BN lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP bekerja keras setanding DAP dan PKR?

Jangan hanya dua tiga kerat pengundi bukan melayu menyatakan sokongan terhadap BN,sudah dianggap diterima oleh masyarakat bukan melayu di sana. Perkara-perkara inilah sekiranya dipandang remeh akan menjadikan jentera BN kucar-kacir dan tidak berjalan lancar.

Sekiranya semangat padu yang ditunjukkan sewaktu PRK Galas dan Batu Sapi tempoh hari tidak mustahil kemenangan yang lenih besar berpihak kepada BN.

AYUH, masa masih ada. kita bukan sahaja perlu kerja lebih kuat tetapi perlu lebih berstrategi, kemas dan bijak. Jangan hanya menjadi pelancong politik yg kurang memberi kesan kepada kemenangan parti dan lebih teruk jika kehadiran kita di Tenang menimbulkan perasaan meluat pengundi di situ !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...