PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Makin Gelabah: DAP Takut Undi Melayu Dari Kawasan Felda !!!

Berita terkini... mesej twitter dari pemimpin-pemimpin DAP menggambarkan mereka semakin runsing dengan pengundi cina yang masih lagi kurang keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Setakat ini DAP berasa amat yakin bahawa mereka dapat memastikan undi cina untuk Normala. Mereka juga sangat runsing dengan peratus orang melayu dari Felda yang telah keluar kerana mereka tahu masyarakat Felda tidak akan mengundi PAS. Lihat laporan twitter di bawah :
 
"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20%; Felda sudah 50%. Tolong bantu panggil orang yang anda kenal di Labis," tulis Teo di laman Twitter.

Pemimpin DAP nampaknya panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina. Beberapa pemimpin parti itu menghantar 'SOS' menggesa mereka keluar mengundi.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menulis peratus pengundi Cina yang keluar mengundi amat rendah di Labis.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis:

"Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30 pagi.

Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS dan Mazlan Aliman. Sama-sama kita lihat keputusan malam nanti.... Mazlan Aliman bakal malu besar...
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...