PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Baki 3 hari, BN ketinggalan dan mungkin tewas di Tenang !!!

Hanya tinggal baki 3 hari sebelum PRK di Tenang kita ketahui keputusannya. 

Kalau BN rasa nak menang, peluang masih ada. Semua jentera kempen harus 'all out' dalam tempoh berkempen yang berbaki tiga hari lagi, dan jangan hanya berharap pada wanita Umno sahaja. Jangan terlalu selesa sangat dan harus buang cara berpolitik lama. Sekarang zaman telah berubah, jangan lagi ingat sesiapa sahaja calon asalkan mewakili BN maka dia akan menang.

Setakat ini kelebihan undi Melayu boleh dikatakan berpihak kepada BN. Walaupun sokongan lebih kepada BN ianya tidak menjamin kemenangan kerana pengundi melayu hanya 47 .54 %.

Dipendekkan cerita, jangan terkejut sekiranya Pas mampu lakukan kejutan di Tenang, seperti apa yang terjadi di Sibu.


Diperhatikan cara berkempen BN di sini lebih kurang cara berkempen di Sibu. Jentera kempen BN kelihatan selesa, mungkin kerana menjangkakan mereka akan menang dengan mudah. Ini berbeza dengan jentera kempen Pas yang kelihatan semakin kuat bekerja. Jentera-jentera kempen Pas begitu agresif sekali bergerak mengedar risalah-risalah serta surat khabar cina sambil membawa loud haler memaklumkan lokasi-lokasi ceramah Pas.

Menurut peniaga di situ, dalam tempoh satu jam tiga kali mereka pusing tempat itu dan memaklumkan tentang program Pas. Bila ditanya balik tuan kedai tersebut, orang BN berapa kali pusing seperti itu dan dijawabnya tak pernah ada sekali pun.

Ada seorang jentera parti yang telah bertungkus lumus di Tenang mula mengesyaki yang berkemugkinan besar undi akan berpihak kepada pembangkang apabila dilihat jentera BN semakin 'overconfident' dengan hanya bersandarkan pengundi-pengundi FELDA sahaja.

Beliau juga mengulas bahawa jentera parti lupa akan pentingnya menang dengan majoriti lebih besar berbanding dengan menang dengan majoriti berkurangan. Janganlah sebab menang di Galas dan Batu Sapi seolah-olah BN sudah diterima kembali oleh pengundi dan bekerja ala kadar sahaja,tidak bersungguh-sungguh dan berganding bahu.

Pihak pembangkang akan diberi nafas baru sekiranya berjaya mengurangkan majoriti undi apatah lagi sekiranya BN tewas. Beliau juga mempersoalkan, adakah parti komponen BN lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP bekerja keras setanding DAP dan PKR?

Jangan hanya dua tiga kerat pengundi bukan melayu menyatakan sokongan terhadap BN,sudah dianggap diterima oleh masyarakat bukan melayu di sana. Perkara-perkara inilah sekiranya dipandang remeh akan menjadikan jentera BN kucar-kacir dan tidak berjalan lancar.

Sekiranya semangat padu yang ditunjukkan sewaktu PRK Galas dan Batu Sapi tempoh hari tidak mustahil kemenangan yang lenih besar berpihak kepada BN.

AYUH, masa masih ada. kita bukan sahaja perlu kerja lebih kuat tetapi perlu lebih berstrategi, kemas dan bijak. Jangan hanya menjadi pelancong politik yg kurang memberi kesan kepada kemenangan parti dan lebih teruk jika kehadiran kita di Tenang menimbulkan perasaan meluat pengundi di situ !!!

Bukti Video Undi Calon BN / UMNO Adalah Haram !!!


Habis seluruh pengundi Tenang diugut, sudahlah jenazah pun di lacurkan habuan politik gampangan PAS, kini umat Islam Tenang pula di ugut dengan mengunakan dalil songsang.

Nizar (tunggangan Nga dan Ngeh) sekali lagi membuat dajal apabila mengkafirkan umat Islam kononnya telah melanggar syariat Islam jika tidak mengundi PAS.

"Halal Syarie Mengundi PAS,Haram Syarie Mengundi Umno" jika itulah hujahnya jadi seluruh umat Islam yang tidak mengundi PAS secara langsung telah melakukan kerja haram dan telah melanggar akidah.

Adakah mengundi DAP yang anti Islam jatuh HALAL Syarie? Adakah mengundi PKR yang memperjuangkan pluralsime dan liberalisme adalah halal syarie?

PAS hanya wujud di Malaysia, justeru adakah umat Islam yang berada di Singapura, Kemboja, Bangladesh, Arab Saudi, Syiria dan negara negara Islam lain telah melakukan Haram Syarie?

Jika benar bagai dikata oleh Nizar, PAS harus bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen pada PRU13 nanti .Selepas itu kita akan lihat siapa sebenarnya khawarij PAS.

Semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, Nizar turut menghasut kaum cina apabila melemparkan fitnah dan menimbulkan kebencian terhadap kaum melayu. Mengapa Nizar dibiarkan lepas .si bangsat ini seringkali membangkitkan politik benci dan memecah belah kaum.
Saksikan video ini.

Thanks2 pisau.net

Tunggu.... Laporan POLIS paling PANAS esok (Khamis) !!!

APA PUN PANDANGAN MANUSIA TERHADAP SAYA, YG PENTING ALLAH TAU NIAT ATAU NAWAITU SAYA. SEKIRANYA SAYA BERNIAT JAHAT SAYA MOHON ALLAH HUKUM SAYA , TETAPI SEBALIKNYA SEKIRANYA NAWAITU SAYA ITU DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH , MAKA SAYA MOHON ALLAH LINDUNGI SAYA DAN MEMBERI KEMENANGAN BESAR KEPADA SAYA - UMMI HAFILDA

Baca lanjut di blog SRIKANDI 7

Pendedahan Eksklusif: Calon PAS dikatakan seorang guru pemalas & ego.

Siapa Normala Sudirman Calon PAS ini.....????

HASIL TEMUBUAL PERTAMA

"normala ni mmg pandai berlakon. kononnya dia seorang yang prihatin dan mesra rakyat. hakikatnya dia ni sombong malah setiap kali ada rewang di tempatnya di felcra sekijang, muka dia payah nak jumpa. sekarang sibuk melawat org konon. padahal dia ni jenis tak campur org kg selama ni."

Kenyataan di atas merupakan satu kenyataan dari seorang Penduduk Felcra Sekijang apabila di ajukan soalan mengenai keperibadian Normala Sudirman Calon PAS. Emmm Sombong dan Angkuh!!! memang tak di nafikan semua penduduk Tenang ini juga mengetahui Normala seorang yang Bongkak.

TEMUBUAL KEDUA:

"normala ni seorng guru yang pemalas dan ego. konon dia tu bagus sangat. dia bohong bila berkata ramai guru guru menyokong dia, padahal dia tak ada seorang kawan pun di sekolah. di sekolah dia ada 30 org cikgu, tapi seorang pun tak hingin berkawan dgn dia. dia ni dah macam kera sumbang kat sekolah."

Kenyataan di atas di perolehi dari Guru di sekolah yang Normala pernah jawat sebelum ini. Emmm kalau dah guru sendiri pun kata Normala ni Ego memang lekat sangatlah dengan Kenyataan penduduk Felcra Sekijang bahawa Normala ini seorang yang Bongkak.

HASIL TEMUBUAL KE TIGA:

"normala ni jenis tak kenang jasa. dia suka cari batu locatan utk dirinya. mula mula dia akan buat baik dengan guru besar. bila guru besar dah ok dengan dia, dia tak peduli cikgu cikgu lain. lepas tu dia buat buat baik pula dengan orang pejabat pelajaran daerah (ppd). bila orang ppd dah ok dengan dia, dia tak peduli dengan guru besar pulak. lepas tu dia buat baik pulak dengan orang jabatan pelajaran negeri (jpn). lepas dah baik dengan orang jpn, dia tak peduli pula dengan orang ppd. dia boleh perlekehkan ppd & guru besar sebab kononnya dia baik dgn orang jpn. skrg bila dah terkenal sbb nak jadi adun, tengoklah macam mana dia perlekehkan pengarah pelajaran negeri johor!"

Ini juga merupakan kenyataan Seorang Guru dalam menceritakan Keperibadian Normala Sudirman kepada kita semua.

Emmm macam tu lah juga yang berlaku dengan Firdaus Masod antara Calon PAS bagi PRK Tenang ini. Sebelum ini bukan main berkerjasama mereka ini, banyak hal dalam kepimpinan PAS di jalankan oleh mereka malah siap ada Plan untuk mereka berdua ini membahagi Kerusi Dun bagi PRU 13 kelak. Namun bila Arwah Dato Sulaiman Taha meninggal Dunia mula lah si Normala Sudirman ni terus CANTAS Firdaus Masod sampaikan terpingga pinga Firdaus Masod ni.

PAPA GOMO

Nizar patut di I.S.A kan ???


Banjir di Tenang: 101 orang telah dipindahkan.

Calon BN terawal meninjau masalah banjir di Tenang
Hujan lebat di sekitar Tenang sejak dua hari lalu telah menyebabkan banjir kilat melanda empat buah kampung di sini sehingga memaksa lebih 100 orang dipindahkan.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah, Kampung Air Panas dan Kampung Veeran dengan paras air mencecah paras pinggang.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim telah menyusun semula program kempennya yang padat dan telah meluangkan masa untuk melawat kawasan yang terjejas akibat banjir itu.

"Saya telah pun merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar bantuan dapat disegerakan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir ini," katanya ketika ditemui.

Calon PAS, Normala Sudirman juga tidak ketinggalan melawat mangsa-mangsa berhampiran Stesen Tenang.
Banjir di kawasan Tenang kerap berlaku pada musim tengkujuh dan biasanya berlaku tiga kali setahun. Menjelang jam 3 petang tadi, air telah meningkat sehingga ke paras pinggang.

Sementara itu, pihak polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Parit dan Saliran akan bekerjasama dalam mengenalpasti kawasan manakah yang akan terjejas akibat banjir bagi memudahkan para pengundi keluar mengundi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, secara rasminya seramai 101 orang telah dipindahkan dari Kampung Ayer Panas dan Kampung Lembah Bakti.

"Buat masa ini mereka ditempatkan di dewan orang ramai Ayer Panas dan Lembah Bakti," katanya.
Mokhtar berkata, pusat mengundi tidak boleh diubah kerana ia adalah kawasan yang digazet mengikut undang-undang tetapi kita akan melihat langkah-langkah terbaik bagaimana untuk memudahkan perjalanan orang ramai dan juga proses pengundian itu nanti.

MSTAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...