PRK SETERUSNYA: DUN Merlimau, Melaka

Terkini @Tenang, Johor

Keputusan PRK Tenang

Sementara menunggu keputusan PRK Tenang, kita hayati dahulu keputusan PRU N5 Tenang 2008 mengikut daerah mengundi. Daripada 12 Daerah Mengundi dan Undi POS, PAS berjaya memenangi di tiga tempat.
Persoalan yang pasti kita tertunggu-tunggu, adakah BN mampu memenangi majoriti 5000 undi seperti yang kita inginkan. INSYA ALLAH !!!

KLIK ATAS GAMBAR UNTUK BESARKAN

Blogger BN cabar Salahudin Ayob (kalau beranilah) buka gelanggang !!!

Teringat "kisah manis" suatu masa dulu...
Sia-sia sahaja Salahuddin Ayub dan rakan-rakan beliau yang MEMFITNAH dan mengungkitkan isu tanah yang kononnya mencemar integriti Azahar Ibrahim, calon BN. Padahal, mereka itu lebih tercemar.

Dan apakah Salahudin Ayub dan jentera PAS di Tenang sedang membuka gelanggang memula langkah untuk menyerang peribadi calon di PRK Tenang?
Para bloggers pro-BN hanya menunggu masa untuk menyerang peribadi Normala Sudirman kerana cerita sudah banyak terkumpul.  
 Artikel-artikel yang telah dikeluarkan hanya sekadar "appetizer" sahaja dan belum lagi menyemputkan dada calon PAS tersebut.

Tapi apakah perlu? 
Semuanya terpulang kepada Salahudin Ayub dan jentera PAS di Tenang. 
Kalau bersedia, bagi tahu saja!

Baca seterusnya @Novandri

Terkini: Mazlan Aliman boikot kempen PAS

Berita terkini dari Tenang memberi tahu ada sesuatu yang “tidak kena” pada jentera kempen PAS di sana. Menurut sumber, jentera kempen pihak PAS sedang berada di dalam keadaan “ribut taufan”. Huru hara dan bergaduh sesama sendiri. Tidak ubah seperti puak-puak musyrikin yang bertelagah sesama sendiri ketika berperang di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat dahulu.

Menurut “sumber dalaman” penulis, kempen PAS di PRK DUN Tenang telah diboikot secara “halus” oleh Mazlan Aliman, kumpulan ANAK dan Dewan Pemuda PAS. Ini adalah hanya disebabkan oleh sifat dengki yang ada pada Mazlan Aliman kepada calon PAS PRK DUN Tenang, Normala Sudirman. Menurut sumber lagi, Mazlan Aliman memang hadir di PRK DUN Tenang, namun kehadirannya hanyalah sekadar “tunjuk muka” sahaja.

Sebetulnya, dikhabarkan bahawa Mazlan Aliman sememangnya sangat bercita-cita besar untuk menjadi calon PRK DUN Tenang ini. Ini memandangkan bahawa terdapat rangkaian Felda di dalam kawasan DUN Tenang.  Memandangkan aktiviti Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK yang “konon-konon”nya membela nasib anak-anak Felda, maka dia merasakan bahawa dialah yang paling layak untuk bertanding disitu.

Selain itu, analisis penulis berpendapat bahawa ada logiknya Mazlan tidak mahu Normala menang di PRK DUN Tenang. Kemenangan Normala di Tenang akan menggambarkan masa depa dan cita-cita Mazlan untuk menjadi calon di DUN Tenang pada PRU13 nanti menjadi kelam. Jika Normala menang, Mazlan khuatir Normala akan dicalonkan semula di DUN itu pada PRU13 dan ini “memotong jalan” Mazlan secara peribadi. Mungkin diatas itu, congak sifir Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK berpendapat adalah wajar untuk mereka memboitkot kempen Normala itu.

Sebagaimana maklum, Dewan Pemuda PAS dan kumpulan ANAK agak bergantung kepada Mazlan Aliman jika mereka berada di dalam kawasan Felda. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman ini adalah “taiko” besar yang berpengaruh di semua Felda di seluruh negara. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman juga berpengetahuan luas tentang sosio-budaya Felda dan sangat arif dengan isu-isu Felda. Dan memandangkan Mazlan bertindak memboikot kempen Normala “secara halus”, maka mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut jejak langkah “boss” mereka itu.

Fitnah melampau kepada calon BN: Nik Aziz perlu mohon maaf !!!

Kami memohon Mursyidul Am PAS, Nik Aziz segera memohon maaf bagi  pihak PAS atas segala fitnah melampau parti itu kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.
...................................

Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam sekali lagi berbohong besar apabila menuduh calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, menganiaya seorang lelaki pada tahun 2003 sehingga menyebabkan tanah milik mangsa terpaksa dilelong sedangkan, hakikat sebenar, lelaki itu yang berhutang dengan bank.

Sebelum ini jentera Pas menyebarkan berita mengenai pengumuman besar mengenai kes melibatkan Mohd. Azahar yang bakal dijadikan senjata sulit bagi membunuh sokongan pengundi terhadap BN.

Sebaliknya, pengumuman parti itu hari ini menjadi 'senjata makan tuan' apabila fakta sebenar didedahkan Mohd. Azahar sendiri hanya kira-kira sejam selepas sidang media mengenai isu tersebut dibuat oleh Pas.

Malah, cubaan Pas untuk membunuh karakter Mohd. Azahar dengan menggambarkan beliau sebagai seorang bekas Penolong Pegawai Daerah (ADO) zalim hanya kerana satu kes tersebut, juga dibalas dengan statistik kejayaannya menyelesaikan lebih 80 kes membabitkan tanah lelong sepanjang enam tahun bertugas di Segamat.

Lebih memalukan Pas, penjelasan Mohd. Azahar akhirnya melondehkan segala kedangkalan parti itu mengenai prosedur seorang penjawat awam dalam isu lelongan, sedangkan parti itu sendiri mempunyai 20 tahun pengalaman mentadbir negeri Kelantan yang mana, isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

HANGAT: 8 bukti PAS mengamal ajaran Sesat !!!

Ikut apa sahaja aku suruh !!! Gambar sekadar hiasan.. 
PAS sebelum berkuasa dan selepas berkuasa

1. Dulu – Haram undi orang kafir
Sekarang – Kena undi kafir yg bersama PAS. Dan mesti bantu mereka, walaupun anti Islam, yang penting BN tumbang.

2. Dulu – Haram undi wanita
Sekarang – Undilah wanita, asalkan dari PAS.

3. Dulu – UMNO kafir kerana bersekongkol dengan Cina dan India.
Sekarang – Boleh sekongkol dengan kafir (atau syaitan sealipun ?). Yang penting orang Islam dalam UMNO tumbang.

4. Dulu – Hudud wajib dibuat. UMNO kafir sebab ikut undang undang Reid yang kafir.
Sekarang – Dah senyap. Ada org besar PAS yang kata idea melaksana hudud perlu di timbang semula.

5. Dulu – Wajib tubuhkan negara Islam
Sekarang – Waktu menang di Perak, Nizar kata pada Tajol Rosli, “tunjuk bukti yg PAS mahu tubuhkan negara Islam,”. Geng geng DAP gelak sakan ketuk meja. (cari rakaman di Youtube)

6. Dulu – Haram sokong UMNO kerana kerajaan UMNO biarkan arak, judi dan maksiat berleluasa di Malaysia.
Sekarang – Kena kompromi. Kalau arak masih dijual kat 7-11 atau yang jual itu org Islam, tak boleh bising bising. Nak buat macammana, DAP marah nanti.

7. Dulu – Mahathir wajib turun sebab dah tua sangat.
Sekarang – Nik Aziz masih diperlukan walaupun kerjanya asyik masuk keluar hospital tak henti henti.

8. Dulu – UMNO parti kroni
Sekarang – Dlm PKR anak beranak, dalam DAP anak beranak, dalam PAS pun anak menantu. Orang lain buat tak boleh. PAS and the geng boleh.


Persoalannya.. Benarkah HUKUM ISLAM berubah-ubah ?? Atau PAS sememangnya terbukti mempermainkan, mempersenda dan mengunakan ISLAM demi survival parti mereka ? PAS patut diharamkan.....fikir-fikirkanlah???

Disesuaikan dari Politik Harian

Penduduk kampung tak TENANG, UFO mendarat di sawah padi !!!

Rehat jap tentang isu-isu politik di Tenang. 
Sedang gempar di Indonesia, mengatakan ada U.F.O mendarat disawah padi dan membentuk corak bulatan yang amat ganjil. 
 Baca lanjut di kosmo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...